Home Koronavirus 286 kes baharu Covid-19, tiada kematian

286 kes baharu Covid-19, tiada kematian

0
286 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan proses penandaan sampel ujian saringan Covid-19. – Foto fail Bernama

SHAH ALAM – Sebanyak 286 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,908 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 10,634 kes, dengan 10,175 atau 95.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 439 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 20 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, tujuh pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 590 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,984,891 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here