Home Koronavirus 244 kes baharu Covid-19, tiada kematian

244 kes baharu Covid-19, tiada kematian

0
244 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Gambar hiasan – Foto Bernama

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 244 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan dua daripadanya adalah kes import.

Jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 10,477 kes.

Daripada jumlah itu, portal KKMNow melaporkan sebanyak 95.5 peratus atau 10,008 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan bahawa sebanyak 449 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan 20 di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan adalah sebanyak 401 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,985,292.

Pada masa yang sama, tiada kematian baharu dicatatkan sekali gus menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,908 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here