Home Koronavirus 27,831 kes baharu, tertinggi direkodkan

27,831 kes baharu, tertinggi direkodkan

27,831 kes baharu, tertinggi direkodkan

PUTRAJAYA – Malaysia mencapai bilangan kes harian baharu tertinggi apabila 27,831 kes positif dilaporkan pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebahagian besar kes positif berada pada kategori satu dan dua iaitu 27,734 kes atau 99.65 peratus.

“Selebihnya 97 kes adalah kategori tiga hingga lima,” katanya.

Menurutnya, bagi kategori satu, sebanyak 7,606 kes dilaporkan dan 20,128 kes berada pada kategori dua.

“Kategori tiga terdiri daripada 59 kes, kategori empat (28) dan 10 kes kategori lima,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 3,111,514.

Bilangan kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah pada 26 Ogos tahun lalu dengan 24,599 kes.

Drp kes harian yg dilaporkan pd 16 Feb 2022;

•97 kes (0.35%) kategori 3, 4 & 5

•27,734 kes (99.65%) kategori 1 & 2.

Kategori 1 : 7,606 kes (27.33%)

Kategori 2 : 20,128 kes (72.32%)

Kategori 3 : 59 kes (0.21%)

Kategori 4 : 28 kes (0.10%)

Kategori 5 : 10 kes (0.04%) pic.twitter.com/hy3EqmkmNw

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 16, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here