Home Koronavirus 25 penduduk di Kepulauan Tumpat positif Covid-19

25 penduduk di Kepulauan Tumpat positif Covid-19

25 penduduk di Kepulauan Tumpat positif Covid-19

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan seramai 25 penduduk di Kepulauan Tumpat dijangkiti Covid-19.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, jumlah positif berkenaan hasil saringan yang telah dilakukan oleh pihaknya ke atas 596 penduduk.

“Ia membabitkan 15 penduduk dari empat lokaliti iaitu Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat (5), Pulau Beluru (4) dan Pantai Suri (1),” katanya pada Sabtu.

Menurutnya, jumlah 25 positif itu tidak termasuk seorang wanita yang datang dari PKPD di Pasir Mas sebelum ini.

Beliau berkata, bagaimanapun terdapat 515 lagi sampel ujian saringan dalam proses untuk mendapatkan keputusan sama ada terkena jangkitan atau tidak.

Dr Zaini berkata, daripada jumlah tersebut seramai 56 orang yang disaring itu didapati negatif.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, empat lokaliti itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan serangan pandemik Covid-19 di kawasan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here