Home Koronavirus Covid-19: Penggunaan katil ICU capai 91 peratus

Covid-19: Penggunaan katil ICU capai 91 peratus

Covid-19: Penggunaan katil ICU capai 91 peratus

SHAH ALAM – Kadar penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 di seluruh negara secara keseluruhannya mencapai 91 peratus pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, di Lembah Klang angka tersebut telah mencecah 113 peratus.

“Bagi menampung peningkatan ini, hospital-hospital terpaksa menukar fungsi lain-lain kawasan dalam hospital seperti wad biasa untuk dijadikan ICU sementara dengan melengkapkan katil-katil dengan peralatan perubatan tertentu.

“Walau bagaimanapun ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata, sebahagian daripada jabatan kecemasan Hospital Sungai Buloh telah ditukarkan menjadi tempat rawatan kritikal atau ICU.

Tambah beliau, sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan masyarakat untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah.

“Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Majikan juga diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan mengehadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa. Jangan tunggu lagi, kita jaga kita, “ ujarnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here