Home Koronavirus 2,464 kes baharu covid-19, sembilan kematian

2,464 kes baharu covid-19, sembilan kematian

0
2,464 kes baharu covid-19, sembilan kematian
Malaysia merekodkan 3,429 kes Covid-19 baharu pada Selasa.

SHAH ALAM – Sebanyak 2,464 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada Ahad dengan 16 daripadanya adalah kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak tersebut kepada 4,757,752.

Sementara itu, kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan pada Ahad pula adalah sembilan kes menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 36,145.

Pada masa sama, sebanyak 38,918 kes aktif wabak tersebut dengan 37,408 atau 96.1 peratus daripadanya merupakan pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,409 pesakit pula berada di hospital dengan 69 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 36 memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 33 lagi menggunakan mesin ventilator.

Sebanyak 32 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Kes sembuh baharu direkodkan di dalam negara pada Ahad ialah 4,427 kes menjadikan jumlah kumulatifnya kepada 4,682,689 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here