Home Koronavirus 23 lokaliti di Sabah, satu di Pahang dikenakan PKPD bermula Rabu

23 lokaliti di Sabah, satu di Pahang dikenakan PKPD bermula Rabu

0
23 lokaliti di Sabah, satu di Pahang dikenakan PKPD bermula Rabu

SHAH ALAM – Sebanyak 23 lokaliti di lapan daerah di Sabah dan satu di Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 25 Ogos hingga 5 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, enam lokaliti di Kota Kinabalu akan dikenakan PKPD ialah Kampung Cenderamata 2 dan Kampung Cempaka, Likas; Kampung Inanam Laut; Kampung Bambangan, Inanam; Kampung Kelingau; Rampung Lapasan dan Kampung Kuala Menggatal.

“Empat lokaliti di Penampang, Sabah pula ialah Delta Height, Kampung Sindaanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Lights Industry, Jalan Lama Penampang.

“Lokaliti di Tawau Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Tanjung Batu Tengah; Taman Ranggu Saujana; Kampung Sungia Tamang, Pulau Sebatik; Tanjung Batu Laut, Logpon.

“Tiga lokaliti di Kinabatangan pula ialah Kampung Pelangi, Kampung Sungai Manis dan Ladang Sungai Pin manakala dua lokaliti di Lahad Datu akan dikenakan PKPD ialah Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 serta Taman Perumahan Satu,” katanya dalam kenyataan berkaitan PKPD pada Isnin.

Rodzi berkata, PKPD akan turut djalankan di dua lokaliti di Papar, Sabah iaitu Taman Limauan, Kinarut dan Kampung Mondikot serta lokaliti Ladang Mawang, Kalakaban dan Kem Sawmill (kilang papan) Mengayam Sri Arjuna di Sipitang, Sabah.

Menurutnya, satu lokaliti di Pahang yang akan dikenakan PKPD bermula 25 Ogos ini ialah di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.

Sementara itu, Rodzi berkata, PKPD di 22 lokaliti terletak di perkampungan orang asli di Batang Papar akan dilanjutkan bermula 25 Ogos sehingga 7 September.

“Ia terdiri daripada tiga lokaliti di Mukim Bidor iaitu Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding serta satu lokaliti di Mukim Sungkai iaitu Kampung Orang Asli Menderang.

“Pelanjutan PKPD itu merangkumi 18 lokaliti di Mukim Batang Padang iaitu Kampung Orang Asli Batu 16, Kampung Orang Asli Batu 14, Kampung Orang Asli Batu 16, Kampung Orang Asli Batu 17, Kampung Orang Asli Batu 18 dan Kampung Orang Asli Batu 19; Kampung Kenderong, Kampung Sungai Rensa, Kampung Sungai Odak, Kampung Ampangan, Kampung Pos Woh, Kampung OA Batu 7 dan 7½, Kampung Sungai Bot Dalam, Kampung Sungai Bot Luar, Kampung Sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Woh lntake,” ujarnya.

Katanya, PKPD juga dilanjutkan bagi tempoh yang sama bagi lokaliti di Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang; Taman Kinarut Ria, Papar dan Kampung Kota Tuaran, Sabah.

Beliau berkata, PKPD di Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah Sarawak akan ditamatkan lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada 24 Ogos ini.

“PKPD di Tapak Bina IBN Highland, Genting Highlands, Bentong Pahang; Taman Sri Bayu, Tumpat, Kelantan; Taman Meru 2B, Kinta Perak; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan, Tawau, Sabah akan tamat pada 24 Ogos 2021.

“Lokaliti di Sabah yang akan menamatkan PKPD pada Selasa ialah Kem 2 Tolokoson, Tenom; Kampung Sarikan, Nabawan; Kampung Lapasan dan Kampung Timbok di Tuaran,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here