Home Koronavirus 226 kes baharu Covid-19, tiga kes import

226 kes baharu Covid-19, tiga kes import

226 kes baharu Covid-19, tiga kes import

Gambar hiasan – Foto fail Bernama

SHAH ALAM – Sebanyak 226 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa, dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,966 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 9,235 kes, dengan 8,913 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 318 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak empat pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, tiada pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 202 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,998,003 kes.