![2,256 kes baharu Covid-19, tiga kematian 2,256 kes baharu Covid-19, tiga kematian](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2022/10/1953444-GiFYDm-768x515.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/10/22/1953444.jpg)
SHAH ALAM – Sebanyak 2,256 kes Covid-19 dicatatkan pada Jumaat menjadikan kumulatifnya adalah 4,877,387.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Tiga kes kematian itu termasuk satu kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).
Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 26,526 dengan 25,425 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Sebanyak 1,054 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 47 daripadanya dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).
Seramai 17 kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala 1,363 dicatatkan sembuh.