Home Koronavirus 22,133 kes baharu, hanya 146 kategori 3 hingga 5

22,133 kes baharu, hanya 146 kategori 3 hingga 5

22,133 kes baharu, hanya 146 kategori 3 hingga 5

PUTRAJAYA- Malaysia merekodkan bilangan kes positif Covid-19 melepasi 20,000 setiap hari selama lima hari berturut-turut sejak Jumaat lalu.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 22,133 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah yang dilaporkan, 21,987 kes atau 99.34 peratus merupakan kategori satu dan dua.

“Bagi kategori tiga hingga lima sebanyak 146 kes direkodkan,” ciapnya di Twitter.

Memperincikan kategori kes, seramai 5,831 pesakit berada pada kategori satu dan 16,156 lagi kategori dua.

“Kategori tiga pula 102 pesakit, kategori empat (24), kategori lima (20),” katanya.

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negara ini adalah 3,083,683 kes.

Drp kes harian yg dilaporkan pd 15 Februari 2022;

•146 kes (0.66%) kategori 3, 4 &5; dan

•21,987 kes (99.34%) kategori 1 & 2

Kategori 1 : 5,831 kes (26.34%)

Kategori 2 : 16,156 kes (73.0%)

Kategori 3 : 102 kes (0.46%)

Kategori 4 : 24 kes (0.11%)

Kategori 5 : 20 kes (0.09%) pic.twitter.com/MOGCdo2jnG

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 15, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here