PUTRAJAYA – Malaysia sekali lagi merekodkan kes kematian berkaitan Covid-19 tertinggi apabila 199 orang pesakit maut dilapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 84 kes kematian dilaporkan di Selangor membabitkan 63 kematian di hospital manakala 21 jenazah di bawa ke hospital (BID).
“Kuala Lumpur mencatatkan 57 kes kematian dengan 47 pesakit menghembuskan nafas di hospital dan 10 adalah BID,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
AKAN MENYUSUL