Home Koronavirus 191 pesakit Covid-19 dirawat di Hospital Medan, HSA

191 pesakit Covid-19 dirawat di Hospital Medan, HSA

0
191 pesakit Covid-19 dirawat di Hospital Medan, HSA

JOHOR BAHRU – Seramai 191 pesakit Covid-19 menerima rawatan di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang mula beroperasi sejak 21 Jun lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan memberitahu, daripada jumlah tersebut, seramai 63 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

“Pada 15 Julai, masih terdapat seramai 63 pesakit Covid-19 yang mendapatkan rawatan di Hospital Medan berkenaan.

“12 daripada mereka dalam kategori 1, 22 pesakit dalam kategori 2, 27 pesakit dalam kategori 3 dan dua pesakit dalam kategori 4, manakala empat pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Hospital Medan mempunyai 144 petugas dengan kapasiti 60 katil wad dan empat katil ICU dilengkapkan fasiliti yang serba moden serta terkini untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit.

Vidyananthan berkata, hospital medan masih mempunyai ruang yang boleh digunakan sebagai wad tambahan bagi pesakit kategori 1 dan 2 jika keadaan memerlukan pada masa depan.

Sementara itu, kata beliau, sehingga Jumaat, kes kumulatif Covid-19 yang dilaporkan di Johor adalah sebanyak 77,245 kes dengan 92 peratus daripadanya telah pulih.

“Sejumlah 5,386 kes Covid-19 yang aktif telah diasingkan dan diberi rawatan sama ada di rumah, di hospital atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

“Kumulatif kematian setakat ini adalah sebanyak 683 kes iaitu penambahan tujuh kematian semalam manakala jumlah kluster aktif di Johor adalah 123 kluster,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here