Home Koronavirus 1,737 kes baharu, tiga kematian akibat Covid-19

1,737 kes baharu, tiga kematian akibat Covid-19

0
1,737 kes baharu, tiga kematian akibat Covid-19
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 1,737 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 kepada 4,883,796.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak tiga kematian direkodkan pada Isnin dan satu kes kematian melibatkan di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 36,447.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 2,118 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,820,355 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 26,994 dengan 25,900 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara di hospital (1,042) dengan 52 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here