Home Koronavirus 15,759 kes Covid-19 baharu hari ini

15,759 kes Covid-19 baharu hari ini

0
15,759 kes Covid-19 baharu hari ini

SHAH ALAM – Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 15,759 kes, berbanding 14,345 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes 2,127,934 direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,732 kes diikuti Johor (1,959 kes), Selangor (1,934 kes), Pulau Pinang (1,417 kes), Kelantan (1,338 kes), Sabah (1,291 kes), Perak (1,184 ), Kedah (786 kes) dan Pahang dengan 707 kes.

“Selain itu, Terengganu mencatatkan 592 kes, Kuala Lumpur (359 kes), Melaka (264 kes), Negeri Sembilan (127 kes), Putrajaya (34 kes), Perlis (23 kes) dan Labuan dengan 12 kes,” katanya.

Sehingga 21 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,759 kes (2,127,934 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,934 (661,608)

Sabah – 1,291 (188,123)

Sarawak – 3,732 (187,131)

WPKL – 359 (183,530)

Johor – 1,959 (182,338)

Kedah – 786 (127,544)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 21, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here