Home Koronavirus 1,479 kes baharu Covid-19, lima kematian

1,479 kes baharu Covid-19, lima kematian

0
1,479 kes baharu Covid-19, lima kematian
KKM merekodkan lima kes kematian baharu akibat Covid-19 dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau BID.

SHAH ALAM – Sebanyak 1,479 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lima kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,385 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 22,957 kes, dengan 21,958 atau 95.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 957 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 42 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 23 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 1,852 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,787,250 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here