PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu dicatatkan sebanyak 1,384 kes, selain merekodkan enam kematian baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 335,540 kes.
Sementara itu, kes sembuh yang dicatatkan dalam tempoh yang sama adalah 1,058 kes dan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini 319,842 kes.
AKAN MENYUSUL