Home Koronavirus 1,186 kes baharu Covid-19, 7 kematian

1,186 kes baharu Covid-19, 7 kematian

0
1,186 kes baharu Covid-19, 7 kematian
Malaysia merekodkan 1,186 kes baharu Covid-19 pada Isnin. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 1,186 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 kepada 4,833,008.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak tujuh kematian direkodkan pada Isnin dan tiada kes kematian melibatkan di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 36,357.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 1,690 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,772,630 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 24,021 dengan 22,874 atau 95.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Hanya seorang pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara di hospital (1,094) dengan 52 daripadanya dirawat unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 35 pesakit yang dimasukkan ke ICU memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 17 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here