Home Koronavirus 11 kakitangan Kompleks Seri Iman positif Covid-19

11 kakitangan Kompleks Seri Iman positif Covid-19

0
11 kakitangan Kompleks Seri Iman positif Covid-19

KUALA TERENGGANU – Enam premis di Pusat Pentadbiran Islam negeri, Kompleks Seri Iman di sini ditutup susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan 11 kakitangan di pusat berkenaan.

Premis terbabit ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, justeru, premis berkenaan ditutup selama tiga hari bermula 14 April 2021 untuk menjalankan kerja-kerja pembasmian kuman.

“Ia berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1) (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri menerusi kenyataan di Facebook rasmi pada Selasa memberitahu, Terengganu merekodkan satu kematian menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di negeri ini sebanyak 14 kes.

Katanya, sehingga semalam, sebanyak tujuh kes discaj dan 13 kes baharu direkodkan menjadikan terdapat 177 kes Covid-19 aktif dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3,792 kes.

“Kesemua 177 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here