Home Koronavirus 1,000 kali virus dalam badan individu dijangkiti varian Delta

1,000 kali virus dalam badan individu dijangkiti varian Delta

1,000 kali virus dalam badan individu dijangkiti varian Delta

PUTRAJAYA – Individu yang dijangkiti varian Delta mempunyai bilangan virus dalam badan sehingga 1,000 kali lebih berbanding mereka yang dijangkiti Covid-19 daripada varian lain.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam sidang akhbar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Jumaat.

Menurutnya, berdasarkan trend penularan varian yang membimbangkan (VOC), Beta dan Delta semakin menguasai jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan individu yang belum mendapat vaksinasi penuh.

“Sehingga 22 Julai, sebanyak 392 kes VOC telah dikesan di Malaysia yang merangkumi 205 jangkitan VOC Beta, 173 VOC Delta dan 14 VOC Alpha,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here