Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH) Plus.
Menurut Perdana Menteri ketujuh itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti untuk menang dalam pilihan raya.