Tiga sekeluarga maut, isteri hamil 5 bulan

0
Tiga sekeluarga maut, isteri hamil 5 bulan

Wanita yang maut bersama suami dan anak bongsunya dalam nahas di Kilomter 74, Jalan Ipoh – Gerik di sini semalam disahkan hamil 5 bulan.

Nurul Huda Arifin, 31, yang meninggal dunia di tempat kejadian sedang mengandung anak ketiga dan dijangka melahirkan bayi pada Oktober ini.

Kemalangan kira-kira jam 11.30 malam itu turut mengorbankan suaminya, Abdul Hakim Hashim, 32, dan anak bongsu, Adib Aidan berusia 2 tahun.

https://www.sinarharian.com.my/article/88712/berita/tragedi/tiga-sekeluarga-maut-isteri-hamil-5-bulan