Home belanjawan2021 Shahidan nafi luluskan permohonan keluar akaun satu KWSP

Shahidan nafi luluskan permohonan keluar akaun satu KWSP

0
Shahidan nafi luluskan permohonan keluar akaun satu KWSP

SHAH ALAM – Pengerusi Perikatan Nasional Backbenchers (PNBBC), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menafikan beberapa laporan media yang mengatakan beliau telah meluluskan pengeluaran wang daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Shahidan berkata, beliau tidak boleh meluluskan apa-apa polisi atau projek bagi pihak kerajaan kerana beliau bukan menteri atau sebahagian daripada anggota Kabinet.

“Jadinya, bagaimanakah pihak media boleh mengatakan saya telah meluluskan pelanjutan tempoh moratorium dan pengeluaran wang daripada akaun satu KWSP?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Arau itu menegaskan bahawa ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memohon pertimbangan sewajarnya berkenaan pengeluaran RM10,000 daripada akaun satu KWSP dan pelanjutan tempoh moratorium sehingga tahun hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here