Home belanjawan2021 Peruntukan J-Kom dipotong RM45 juta

Peruntukan J-Kom dipotong RM45 juta

0
Peruntukan J-Kom dipotong RM45 juta

KUALA LUMPUR – Peruntukan bagi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipotong sebanyak RM45 juta.

Potongan 47.4 peratus daripada keseluruhan peruntukan J-Kom menerusi kertas pindaan yang diusulkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri itu diluluskan secara undian suara majoriti.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan kelulusan pemotongan peruntukan bagi J-Kom yang kini hanya tinggal RM40.5 juta berbanding peruntukan asal RM85.5 juta.

Pada 25 November lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dijenamakan semula sebagai J-Kom dengan peranan dan fungsi berbeza.

Menurutnya, J-Kom bermatlamat mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat dengan penyaluran maklumat yang tepat, sahih serta bijaksana.

ARTIKEL BERKAITAN: Peruntukan Jasa sah dikurangkan

KKMM jamin peruntukan Jasa dikurangkan: Saifuddin

Jasa dijenamakan semula sebagai J-Kom

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here