Home belanjawan2021 RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa Kementerian Alam Sekitar dan Air diluluskan

RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa Kementerian Alam Sekitar dan Air diluluskan

0
RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa Kementerian Alam Sekitar dan Air diluluskan

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air diluluskan dengan suara majoriti.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon pada sebelah petang sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, wang berjumlah RM551,794,400 untuk kepala B33, anggaran perbelanjaan mengurus Kementerian Alam Sekitar dan Air 2021 jadi sebahagian daripada jadual.

Dua lagi RUU Perbekalan 2021 yang turut diluluskan hari ini ialah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menjadikan keseluruhan 17 diluluskan setakat ini.

Sesi penggulungan kementerian itu dilakukan oleh Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan bahawa Unit Jenayah Alam Sekitar beroperasi secara pentadbiran bermula 1 Oktober lalu.

“Unit ini juga telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi lain. Selain itu, sebanyak lima operasi telah dilaksanakan dan memberikan kesan postif dalam usaha memerangi tindakan mencemarkan sungai,” katanya.

Mengulas isu pencemaran air di Selangor, beliau berkata, pihaknya menjelaskan perlu ada sumber alternatif bagi pengguna apabila berlaku pencemaran sungai.

“Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) ialah sumber alternatif yang dapat digunakan loji untuk menyalurkan bekalan kepada pengguna sekali gus memberi jaminan tiada gangguan bekalan air ketika pencemaran cuba diselesaikan.

“Sehingga kini, TAPS sudah kita mulakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Untuk makluman, 11 TAPS dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here