Home belanjawan2021 Lebih ramai pekerja industri penerbangan dijangka kecundang

Lebih ramai pekerja industri penerbangan dijangka kecundang

0
Lebih ramai pekerja industri penerbangan dijangka kecundang

[#item_custom_image_url]

SHAH ALAM – Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) menjangkakan lebih ramai pekerja akan kecundang selepas Belanjawan 2021 dibentangkan oleh kerajaan semalam.

Setiausaha Agungnya, Mohd Akram Osman berkata, bajet yang sepatutnya memperkukuhkan industri penerbangan dan juga pekerja yang telah hilang pendapatan akan terus terkesan dan akhirnya pupus dari industri penerbangan pada tahun depan.

Beliau berkata, beribu pekerja seperti juruterbang, jurutera, kru kabin dan pekerja lain akan lebih menderita jika mereka tidak diberikan perlindungan saksama.

“Bantuan dari segi kewangan selain Bantuan Prihatin Rakyat dan pengeluaran RM500 KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) hanya sementara, sebaliknya bajet itu sepatutnya memberi kesinambungan kepada golongan yang terkesan, mereka yang hilang kerja atas sebab kenaikan kes pandemik koronavirus (Covid-19).

“Jangan lupa, sejak awal pandemik sehingga hari ini golongan pekerja ini bersama-sama membantu dalam situasi krisis Covid-19 dan ramai dalam kalangan mereka hari ini telah hilang pekerjaan disebabkan tiada bantuan disalurkan untuk membantu industri ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Tambahnya, yang ada hanyalah bajet RM50 juta untuk latihan semula tetapi kebanyakan mereka ini sudah berusia dan dalam lingkungan umur 45 tahun ke atas.

Menurutnya, ramai antara pekerja yang terkesan dan dihenti kerja adalah golongan suami isteri dan juga ibu tunggal yang mempunyai tanggungan besar

Katanya, bajet kerajaan juga harus memberi kelonggaran dalam pengeluaran KWSP atau ‘one off’ bagi golongan yang kesempitan wang kerana ini adalah masa yang luar biasa.

“Seperti pekerja dari Malindo Air yang telah dihentikan baru-baru ini, mereka mengadu kepada pihak kami bahawa gaji tunggakan dan pampasan pemberhentian kerja hanya akan dibayar oleh syarikat dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Jadi,mengapa tiada bantuan untuk mereka? Bagaimanakah golongan ini hendak menyara hidup dalam minggu yang akan datang tanpa sebarang pendapatan.

“Sudahlah diberhentikan kerja, pampasan pula tak dibayar. Ramai pekerja ini mengharapkan bantuan segera atau terus kepada mereka melalui bajet yang diumumkan tapi semua akhirnya hampa dengan pengumuman Belanjawan 2021 semalam,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Akram berkata, kerajaan harus memperhalusi semula polisi pampasan pekerja yang telah dihentikan kerana ramai masih mengadu bahawa mereka tidak mendapat bayaran dari skim Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).

“Adakah polisi atau skim ini benar benar membantu pekerja yang terkesan?

“Nufam juga memohon agar bajet bantuan keperluan kesihatan dipertingkatkan buat golongan pekerja di syarikat penerbangan negara bagi menjamin kesihatan mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here