Home belanjawan2021 Belanjawan 2021 perkasa sektor pertanian

Belanjawan 2021 perkasa sektor pertanian

0
Belanjawan 2021 perkasa sektor pertanian

[#item_custom_image_url]

JASIN – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyambut baik peruntukan yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, angka besar yang diterima pihaknya jelas menunjukkan sektor ini begitu penting apabila mempamerkan unjuran serta perkembangan positif dengan menyumbang 7.1 pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Menurutnya, inisiatif kerajaan yang memberikan tumpuan khusus kepada sektor itu dilihat mampu memberikan sinar baharu kepada penternak, petani dan nelayan untuk mereka menaik taraf kehidupan selain pemangkin mengurangkan pergantungan negara.

Beliau berkata, lebih penting memastikan bekalan makanan selamat dan menyasarkan menyumbang 4.7 peratus kepada KDNK negara pada masa hadapan di saat sektor lain sedang merekodkan penguncupan disebabkan pandemik koronavirus (Covid-19).

“Peruntukan RM1.7 bilion itu akan membantu golongan berkenaan termasuk pelbagai subsidi, insentif, bantuan dan elaun yang terdiri daripada Subsidi Harga Padi, Subsidi Baja Padi, Subsidi Benih Padi Sah, Insentif Pengeluaran Padi dan Insentif Bersasar Nelayan.

“Selain itu, sebanyak RM782 juta disediakan sebagai pemberian kepada badan berkanun di bawah kementerian ini,” katanya selepas merasmikan program pelepasan benih udang galah ke perairan umum dan penyerahan kad pendaftaran nelayan sungai di Sungai Rambai di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan dalam Belanjawan 2021 ketika negara berhadapan berhadapan pandemik Covid-19.

Subsidi itu antara lain membabitkan sebanyak RM570 juta untuk harga padi dan RM960 juta untuk insentif tanaman padi termasuk subsidi baja padi bukit sebanyak RM40 juta yang dijangka dapat memanfaatkan lebih 300,000 pesawah di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, sebanyak dua juta benih ikan dan udang telah dilepaskan di perairan negeri ini bagi memperkayakan stok dan memelihara sumber dari perairan sungai.

“Dengan adanya program seperti ini dapat membantu pertambahan sumber makanan laut pada masa akan datang.

“Kita berharap nelayan dan orang ramai (orang kampung) dapat melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat aktiviti membuang ikan-ikan asli, meracun atau menuba ikan di sungai kerana boleh menjejaskan pendapatan nelayan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here