Home belanjawan2021 Kerajaan digesa umum peruntukan khas sekolah vernakular

Kerajaan digesa umum peruntukan khas sekolah vernakular

0
Kerajaan digesa umum peruntukan khas sekolah vernakular

[#item_custom_image_url]

ALOR SETAR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta supaya mengumumkan peruntukan khas kepada sekolah vernakular dengan segera demi memastikan tiada yang terpinggir.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S Ananthan berkata, peruntukan khas untuk sekolah vernakular sempena pengumuman Belanjawan 2021 perlu diumumkan demi mengelakkan daripada sebarang kekeliruan.

Pengerusi MIC Kedah itu berkata, beliau mendapati tiada pengumuman berhubung peruntukan khas untuk sekolah vernakular walaupun peruntukan sebanyak RM800 juta diumumkan untuk sekolah semalam.

“Ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN), kita dapati ada peruntukan khas untuk setiap sekolah termasuk vernakular, berasrama penuh serta agama setiap kali belanjawan.

“Justeru, kita mohon supaya Belanjawan 2021 dapat ikut formula sama untuk peruntukan khas sekolah-sekolah termasuk vernakular,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam membabitkan peruntukan sebanyak RM800 juta untuk sekolah.

Ananthan berkata, peruntukan khas untuk sekolah vernakular seperti diberikan Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak membolehkan semua mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, sekolah vernakular memerlukan peruntukan khas demi membolehkan kerja penyelenggaraan, pembaikan infrastruktur dan kemudahan sekolah dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peruntukan RM725 juta bagi naik taraf sekolah daif

KPM terima peruntukan terbesar RM50.4 bilion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here