Home belanjawan2021 Belanjawan 2021 iktiraf jaringan telekomunikasi utiliti ketiga negara

Belanjawan 2021 iktiraf jaringan telekomunikasi utiliti ketiga negara

0
Belanjawan 2021 iktiraf jaringan telekomunikasi utiliti ketiga negara

[#item_custom_image_url]

KUANTAN – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Belanjawan 2021 telah mengiktiraf jaringan telekomunikasi sebagai utiliti ketiga negara, selepas air dan elektrik.

Beliau berkata, belanjawan kali ini juga mampu menjadi katalis kepada kesalinghubungan internet, ekonomi digital dan ekonomi kreatif.

“Pengiktirafan ini diharap membantu mempercepatkan kelulusan dan pembinaan aset seperti menara telekomunikasi dalam melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) selain membolehkan kita mendapat titik terbaik untuk liputan kerana lokasinya dimasukkan dalam kebenaran merancang (KM) yang perlu disediakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Perkara ini bakal dibincangkan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan hadapan,” katanya selepas menghadiri Majlis Minum Petang Deepavali 2020 anjuran persatuan Malaysia Hindu Sangam Kuantan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, berdasarkan pertemuan dengan Menteri Besar dari Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah serta wakil Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini, mereka memberikan isyarat setuju untuk mengurangkan aspek birokrasi dalam aspek internet.

Perbincangan dengan kerajaan negeri turut diperlukan bagi mengenal pasti 25 kawasan perindustrian yang akan menerima manfaat peruntukan bagi aspek kesalinghubungan Internet di bawah pelan JENDELA berjumlah RM42 juta.

Selain itu, Saifuddin berkata, peruntukan RM15 juta kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) yang mungkin disifatkan agak sedikit oleh sesetengah pihak, adalah tidak tepat kerana industri kreatif sebelum ini telah menerima peruntukan sebanyak RM225 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) selain kementerian masih mempunyai baki dana kandungan digital.

Katanya, kerajaan juga tidak berkompromi dalam isu kawalan keselamatan siber negara dalam usaha pendigitalan dan memperluaskan rangkaian telekomunikasi dengan peruntukan RM27 juta kepada CyberSecurity Malaysia. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here