Home belanjawan2021 Bersatu pastikan peruntukan sampai kepada golongan sasar

Bersatu pastikan peruntukan sampai kepada golongan sasar

0
Bersatu pastikan peruntukan sampai kepada golongan sasar

[#item_custom_image_url]

KOTA BHARU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membantu kerajaan memastikan semua peruntukan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 semalam sampai kepada golongan sasar.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan pengumuman melibatkan peruntukan besar dalam beberapa skop termasuk pendidikan.

Malah, Ahli Lembaga Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu berkata, peruntukan untuk pendidikan amat penting bagi meneruskan kelestarian akses pendidikan yang berkualiti.

“Bersatu dengan kerajaan akan cuba sebaik mungkin supaya peruntukan ini sampai kepada golongan sasar. Kita tidak mahu belanjawan yang banyak tapi tidak sampai kepada rakyat.

“Kalau boleh kita mahu peruntukan terus seperti Bantuan Prihatin supaya rakyat dapat manfaat terus dari peruntukan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Farid meluangkan masa selama dua jam melakukan tinjauan dan ‘walkabout’ di Pasar Siti Khatijah di sini bagi mendengar masalah peniaga.

Sementara itu, mengulas mengenai ‘walkabout’ berkenaan, Farid berkata, pihaknya menyedari beberapa masalah yang dihadapi peniaga terutama melibatkan penjagaan kualiti kebersihan pasar berkenaan.

“Mereka ada beritahu mengenai masalah longkang dan lesen tahunan yang agak mahal. Tapi tidak mengapa, masalah ini bersifat sementara dan boleh diselesaikan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here