Home belanjawan2021 Benarkan keluar wang KWSP satu keputusan sukar, kata PM

Benarkan keluar wang KWSP satu keputusan sukar, kata PM

0
Benarkan keluar wang KWSP satu keputusan sukar, kata PM

[#item_custom_image_url]

KUALA LUMPUR – Keputusan membenarkan pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2021 semalam bukan sesuatu yang mudah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada mulanya beliau berat hati untuk membenarkan perkara tersebut tetapi akhirnya berbincang dan memohon kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas mengambil kira suara mereka yang benar-benar terkesan dengan pandemik Covid-19 di negara ini.

“Bukan soal tak nak bagi, tapi macam mana nak lihat jaminan masa depan pencarum apabila sudah keluarkan akaun dua (bermula April lalu). Sekarang akaun satu.

“Jadi, apa jaminan selepas bersara? Akan tetapi kita lihat situasi amat gamat kerana ada yang memang terkesan dalam keadaan sekarang sehingga mungkin tiada duit.

“Tetapi, sebahagian besar pencarum simpanan tidak banyak sekitar RM5,000 hingga RM10,000. Jadi harus diperhalusi corak pengeluaran ini. Jadi kita buat keputusan secara bersasar,” katanya ketika menjadi tetamu program ‘Agenda Awani Eksklusif Bersama Perdana Menteri: Belanjawan 2021 dan Cabaran Semasa’ yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan malam ini.

Muhyiddin berkata, berdasarkan inti pati belanjawan yang dibentangkan, ia menyentuh golongan yang memerlukan di negara ini.

“Kalau kita lihat dalam belanjawan, bagi keluarga yang mempunyai anak seorang dan dua orang mendapat bantuan. Begitu juga dengan pemberian dalam bentuk internet, bayaran pengangkutan dan sebagainya. Saya kira ia telah memberikan kelegaan.

“Dalam soal simpanan KWSP, jika mereka hanya ada RM1,000 tetapi jika terpaksa gunakan, kita benarkan,” katanya.

[LIVE] Eksklusif bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here