Home bajet2022 RM500 untuk imam, bilal, siak dan guru KAFA

RM500 untuk imam, bilal, siak dan guru KAFA

0
RM500 untuk imam, bilal, siak dan guru KAFA
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk manfaat 72,000 orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, golongan tersebut berperanan besar dalam mendidik anak-anak dan mengimarah Islam di peringkat komuniti.

“Setiap tahun kerajaan menyediakan hampir RM700 juta sebagai bayaran elaun bulanan kepada imam, guru kafa dan guru takmir,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here