Home bajet2022 RM50 juta untuk Dana Penerbitan Filem Kenegaraan

RM50 juta untuk Dana Penerbitan Filem Kenegaraan

0
RM50 juta untuk Dana Penerbitan Filem Kenegaraan
Kerajaan menyediakan peruntukan sebagai RM50 juta bagi Dana Penerbitan Filem Kenegaraan atau DEKAN bagi memacu industri kreatif tempatan.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kerajaan menyediakan peruntukan sebagai RM50 juta bagi Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) bagi memacu industri kreatif tempatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau yakin kejayaan filem Mat Kilau yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah negara pasti mendorong lebih ramai pengkarya untuk menerbitkan filem berunsur patriotik.

“Kerajaan juga menyediakan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta bagi memasarkan produk penggiat seni dan menggalakkan penghasilan lebih banyak karya kreatif dan malar segar,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Tengku Zafrul berkata, bagi menyokong penggiat industri mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi, sumbangan kepada tabung kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan diberi potongan cukai.

“Kerajaan juga bersetuju untuk mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran,” ujarnya.

Beliau berkata, sebagai negara yang kaya dengan seni dan budaya, kerajaan akan mempergiat program merakyatkan seni, budaya dan warisan di peringkat akar umbi dengan peruntukan berjumlah RM25 juta.

Jelas beliau, usaha itu dilaksanakan bagi mengelakkan khazanah seni negara menjadi lapuk dan ditelan zaman akibat ketiadaan anak bangsa yang mahu mewarisinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here