Home bajet2022 PM dijangka bentang Bajet 2023, 24 Februari depan

PM dijangka bentang Bajet 2023, 24 Februari depan

0
PM dijangka bentang Bajet 2023, 24 Februari depan

Anwar – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari depan.

Memetik laporan media, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan, tiga minggu diperuntukkan bagi keseluruhan proses pembentangan Bajet 2023 termasuk perbahasan sebelum diluluskan.

“Ya, Bajet 2023 akan dibentang pada 24 Februari depan kerana sebelum ini hanya bajet mini dibentang bagi perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji.

“Secara keseluruhan, proses pembentangan bajet dan perbahasan termasuk urusan jawatankuasa serta dasar akan mengambil masa 21 hari,” katanya pada Rabu.

Johari berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 13 Februari depan dan berlangsung selama 29 hari.

Beliau berkata, mesyuarat pertama Parlimen ke-15 akan membuka tirainya dengan titah ucapan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada 20 Disember lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here