Home Rasuah Busters Anwar perlu beri kebebasan kepada mahkamah

Anwar perlu beri kebebasan kepada mahkamah

0
Anwar perlu beri kebebasan kepada mahkamah
Dari kiri: Hos, Anim Ezati Rizki; Mohd Yusri dan Abi Mursyidin ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk Cabaran Anwar Pulihkan Integriti di Kompleks Karangkraf, di sini pada Rabu.
Mohd Yusri ketika menjadi panelis dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Cabaran Anwar Pulihkan Integriti di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan kebebasan yang maksimum kepada sistem keadilan dan mahkamah tanpa sebarang kompromi bagi membolehkan proses pemulihan integriti negara dapat berjalan dengan baik.

Pensyarah Program Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, langkah tersebut amat penting bagi menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar serius dan jujur untuk memerangi rasuah seterusnya membentuk tadbir urus yang baik.

“Jadi perkara utamanya adalah bagaimana agenda integriti menyeluruh itu bermula daripada kepimpinan tertinggi sampai bawah dan pelaksanaannya menggunakan ukuran yang sama kepada semua orang tanpa kira sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk Cabaran Anwar Pulihkan Integriti di Kompleks Karangkraf di sini pada Rabu yang turut disertai peguam, Abi Mursyidin Awal.

**media[2038239]**

Dalam pada itu, Yusri berkata, melangkah ke hadapan, Anwar dan kepimpinan kerajaan juga perlu mempunyai satu pelan tindakan yang praktikal dan efektif bagi menangani sebarang isu berkaitan rasuah yang berlaku di dalam negara.

Antara masalah utama yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan menurut beliau adalah berkaitan dengan ketelusan pengurusan pendanaan membabitkan parti politik di dalam negara.

“Sebagai contoh, adalah diketahui umum bahawa terdapat wujudnya amalan seperti bagaimana dana bagi projek pembangunan dan yang diterima kontraktor perlu diberikan kepada parti atau orang politik dan sebagainya.

“Jadi ini antara satu perkara yang mesti diberi perhatian dan perlu ada satu pelan tindakan segera untuk basmi budaya yang berakar umbi seperti ini.

“Sebab kita faham budaya yang sudah lama dibiarkan ini agak sukar untuk dihilangkan dalam tempoh singkat,” ujarnya.

Pada masa sama, Mohd Yusri berkata, kerajaan juga perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan terlebih dahulu melaksanakan pelan tindakan menangani isu tersebut di peringkat parti masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa antara cabaran terbesar Anwar dalam usahanya membawa negara menangani rasuah adalah untuk menguruskan kepelbagaian aspirasi parti yang bersetuju menyokong dan membentuk kerajaan di bawah kepimpinannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here