Home Koronavirus Covid-19 rekod 423 kes baharu, enam kematian

Covid-19 rekod 423 kes baharu, enam kematian

0
Covid-19 rekod 423 kes baharu, enam kematian

Sebanyak 423 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa . – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 423 kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,985,908.

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, daripada 423 kes tersebut, dua daripadanya adalah merupakan kes import.

Dalam pada itu, terdapat enam kematian yang telah direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,841 orang daripada hampir lima juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

KKM turut mencatatkan penurunanan 417 kes aktif Covid-19 di seluruh negara menjadikan jumlah kes aktif di negara ini adalah sebanyak 13,401 kes dengan 12,672 pesakit kuarantin di rumah, 686 menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 43 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 834 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,974,180.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here