Home bajet2022 Peruntukan RM32.4 bilion kepada KKM tepat pada masanya

Peruntukan RM32.4 bilion kepada KKM tepat pada masanya

0
Peruntukan RM32.4 bilion kepada KKM tepat pada masanya

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Beberapa persatuan perubatan dan syarikat penjagaan kesihatan memuji langkah kerajaan menyediakan peruntukan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan di bawah Bajet 2022, menyifatkan ia sebagai tepat masanya.

Ini terutamanya apabila negara masih bertarung dengan pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, meletakkan kesihatan sebagai keutamaan adalah tindakan tepat, apabila peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan adalah yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan.

“Tindakan menyediakan peruntukan RM2 bilion untuk membiayai program vaksinasi, dan selebihnya untuk meningkatkan kapasiti kemudahan perkhidmatan kesihatan awam, memang amat dihargai,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Aurelius Healthcare Sdn Bhd, Datuk Amir Firdaus Abdullah turut memuji insentif baharu kerajaan untuk memperkukuh industri penjagaan kesihatan Malaysia.

Beliau berkata, cabaran besar belum pernah berlaku sebelum ini yang kini ditimbulkan dengan kemunculan pandemik Covid-19, telah menuntut lebih banyak penekanan terhadap sistem kesihatan awam.

“Pertempuran menentang Covid-19 masih belum berakhir, kami menyokong peruntukan kerajaan untuk meningkatkan program vaksinasi dan menambah baik kemudahan penjagaan kesihatan,” katanya.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh pula berkata, peruntukan RM32.4 bilion untuk penjagaan kesihatan adalah bajet yang mencukupi dan tepat pada masanya untuk sektor penjagaan kesihatan.

“Kami juga gembira kerana kerajaan telah memberikan bajet RM4 bilion untuk pengurusan Covid-19 yang merangkumi pembelian perkhidmatan daripada hospital swasta dan juga untuk vaksinasi, terutamanya dos penggalak. Pengukuhan penjagaan kesihatan awam akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit yang memerlukan rawatan di hospital awam,” katanya.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 pada Jumaat juga berkata, kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here