Home bajet2022 Pejuanita Muda mahu semua wanita B40 terima bantuan tuala wanita

Pejuanita Muda mahu semua wanita B40 terima bantuan tuala wanita

0
Pejuanita Muda mahu semua wanita B40 terima bantuan tuala wanita

SHAH ALAM – Buat julung kalinya bajet negara kali ini memberi penekanan mengenai isu kemiskinan haid yang jelas membuktikan kritikan pembangkang terhadap kerajaan mengenai isu tersebut berhasil.

Ketua Pejuanita Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata, sebanyak 130,000 remaja wanita golongan B40 akan menerima kit asas kebersihan diri percuma setiap bulan.

Beliau berkata, meskipun peruntukan tersebut nampak satu pemberian kecil, namun ia sangat bermakna buat wanita yang berada dalam sebuah kehidupan yang sukar.

“Saya mengharapkan semua wanita B40 terutama pelajar sekolah akan menerima bantuan bulanan tuala wanita percuma ini.

“Dengan bantuan seumpama ini, ia diharap dapat menangani isu ponteng sekolah kerana tidak mampu beli tuala wanita,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Nurul Ashikin berkata, bantuan kit kesihatan ini sewajarnya diberi kepada semua wanita B40 agar dapat membantu wanita daripada mengandung dengan kerap ekoran tidak mampu membeli tuala wanita.

Menurutnya, perkara tersebut merupakan dua isu yang sering dihadapi oleh golongan berpendapatan kecil atau berhadapan situasi kemiskinan haid.

Jelasnya, pemberian kepada hanya 130,000 remaja bukanlah penyelesaian kepada masalah dihadapi oleh rata-rata golongan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, ia merupakan satu inisiatif yang baik untuk permulaan usaha membasmi kemiskinan haid.

“Semoga program untuk bantuan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan telus.

“Perjuangan Pejuanita Muda untuk isu kemiskinan haid tidak akan berhenti. Kita akan pantau dan kritik sejauh mana ia dilaksanakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here