Home bajet2022 Kerajaan iltizam noktahkan miskin tegar – Anwar

Kerajaan iltizam noktahkan miskin tegar – Anwar

0
Kerajaan iltizam noktahkan miskin tegar – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong. – Foto Bernama.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan iltizam kerajaan untuk menjadikan tahun 2023 sebagai tahun menokhtahkan kemiskinan tegar di negara ini.

Justeru itu, Anwar berkata, kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

“Kira-kira 130,000 rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum akan segera dibantu untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui langkah yang lebih menyeluruh.

“Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia di Dewan Rakyat pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL