Home bajet2022 Fokus bentang belanjawan, Anwar tak sempat teguk air

Fokus bentang belanjawan, Anwar tak sempat teguk air

0
Fokus bentang belanjawan, Anwar tak sempat teguk air

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Bangunan Parlimen pada Jumaat. – Foto: Bernama

KUALA LUMPUR – Sepanjang lebih dua jam membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengagumkan ramai pihak apabila kekal berdiri dan sedikit pun tidak meneguk air.

Ahli Parlimen Tambun itu yang memulakan ucapan pembentangan kira-kira jam 4 petang, dilihat kekal cergas meneruskan ucapan dan sesekali membuka cermin mata yang dipakainya.

Beliau mengambil masa dua jam 10 minit membacakan teks ucapan setebal 91 muka surat dengan tema Membangun Malaysia Madani.

Anwar mengumumkan peruntukan Belanjawan 2023 sebanyak RM388.1 bilion, iaitu lebih tinggi berbanding belanjawan yang diumumkan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Oktober tahun lalu iaitu sebanyak RM372.3 bilion.

Berbeza dengan Menteri Kewangan sebelum ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilihat minum air sebanyak 11 kali ketika membentangkan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021.

Semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Oktober 2022 pula, Tengku Zafrul sekali lagi dilihat minum air sebanyak lapan kali.