Home bajet2022 Had pelaburan ASB, ASB 2 dinaikkan RM300,000 tahun depan

Had pelaburan ASB, ASB 2 dinaikkan RM300,000 tahun depan

0
Had pelaburan ASB, ASB 2 dinaikkan RM300,000 tahun depan
Had pelaburan ASB dan ASB 2 akan dinaikkan kepada RM300,000 bermula tahun hadapan. – Foto Bernama

SHAH ALAM – Had pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) akan dinaikkan kepada RM300,000 daripada RM200,000 bermula tahun 2023.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, PNB amat berbesar hati kerana diberi peluang dalam usaha menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ia juga selari dengan mandat PNB untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas mengenai Bajet 2023, Ahmad Zulqarnain berkata, pihaknya menyambut baik pembentangan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz itu.

“Bajet 2023 merupakan satu bajet yang amat menyeluruh dan progresif yang menyentuh pelbagai aspek ekonomi, pasaran modal, keusahawanan, pendidikan dan kesejahteraan rakyat,” ujar beliau.

Dalam pembentangan belanjawan hari ini, Tengku Zafrul memaklumkan Bank Simpanan Nasional (BSN) juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5 peratus melibatkan dana RM100,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here