Home bajet2022 Bajet 2023 bantu petani, pesawah, nelayan depani cabaran ekonomi

Bajet 2023 bantu petani, pesawah, nelayan depani cabaran ekonomi

Bajet 2023 bantu petani, pesawah, nelayan depani cabaran ekonomi
Peniaga di Pasar Malam Presint 2 Putrajaya mengikuti siaran langsung pembentangan Bajet 2023. – Foto Bernama

SHAH ALAM – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) melahirkan keyakinan subsidi dan insentif kepada warga peladang dalam Bajet 2023 dapat membantu petani, pesawah dan nelayan mendepani cabaran ekonomi tahun hadapan.

Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, bajet yang diumumkan itu merupakan apa yang diharapkan oleh pihaknya.

“Semasa Mesyuarat Agung Tahunan Nafas yang lalu, Nafas telah menyuarakan hasrat kepada kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mewujudkan semula bantuan bulanan sebanyak RM200 sebulan kepada pesawah dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang membentangkan Bajet 2023 memaklumkan bantuan kepada pesawah padi diperkenalkan semula tahun depan dengan memberi bantuan RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah membabitkan peruntukan sebanyak RM228 juta.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM1.8 bilion untuk menyediakan pelbagai subsidi dan insentif merangkumi harga, baja, benih padi sah, baja padi huma dan insentif pengeluaran padi serta insentif tangkapan hasil nelayan.

Zamri menambah, apa yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 itu sekaligus merealisasikan permintaan pihaknya dan memahami keperluan pesawah.

“Nafas selaku badan yang memayungi hampir satu juta ahli Peladang menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang akan disalurkan kepada Keluarga Peladang,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here