Home bajet2022 'Defisit cuma 5 peratus berbanding 5.6 peratus pada 2022'

'Defisit cuma 5 peratus berbanding 5.6 peratus pada 2022'

0
'Defisit cuma 5 peratus berbanding 5.6 peratus pada 2022'

Wong Chen

KUALA LUMPUR – Defisit dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebesar RM388 bilion hanyalah 5 peratus berbanding 5.6 peratus pada tahun 2022.

Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, pengumuman terbesar dalam belanjawan tersebut ialah mengenai cukai.

“Terdapat cukai baru untuk barang mewah supaya orang kaya membayar pada harga yang adil.

“Dan bermula tahun 2024, cukai terhadap keuntungan pelaburan dikenakan. Ini adalah langkah paling berani untuk mengatasi masalah ketidaksamaan.

“Selain itu, cukai eksais terhadap vape juga akan dikenakan dan kerajaan ini juga menyokong generasi penamat mengenai merokok. Sokong!” katanya dalam satu hantaran di Twitter.

Pada Jumaat, Anwar telah mengumumkan belanjawan terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion.

Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding belanjawan yang diumumkan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri pada Oktober tahun lalu iaitu sebanyak RM372.3 bilion.

Sementara belanjawan bagi tahun 2022 ialah sebanyak RM332 bilion dan bagi tahun 2021 berjumlah RM322 bilion.