Home bajet2022 Belanjawan 2023: 'Saya sedang usahakan' – Anwar

Belanjawan 2023: 'Saya sedang usahakan' – Anwar

0
Belanjawan 2023: 'Saya sedang usahakan' – Anwar

Anwar ketika berucap di majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Rabu. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih dalam proses menyediakan Belanjawan 2023, yang dijadual akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.

“Saya nak balik ke pejabat (sekarang), saya sedang mengusahakannya (belanjawan),” katanya Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan secara ringkas kepada pemberita, semasa ditanya mengenai persiapan menjelang pembentangan belanjawan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa, dan pada masa yang sama memacu pertumbuhan ekonomi negara, di samping menarik pelaburan.

Menurutnya kerajaan juga mengambil kira daya saing negara, kepantasan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu, termasuk pendigitalan dan penggunaan mampan serta pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023. – Bernama