Home bajet2022 Bajet sektor pertanian, industri makanan tiada peningkatan

Bajet sektor pertanian, industri makanan tiada peningkatan

0
Bajet sektor pertanian, industri makanan tiada peningkatan

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa kerajaan hanya bermanis mulut kepada para petani, nelayan dan penternak.

Beliau berkata, peruntukan terhadap sektor pertanian dan industri makanan pada Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat tidak mempunyai peningkatan, sebaliknya kekal sama.

“Saya ingin melahirkan sedikit kekecewaan saya terhadap Bajet 2022 terutama terhadap sektor pertanian dan industri makanan.

“Rakyat sedar bahawa kepentingan sekuriti makanan dan kebergantungan terhadap import makanan yang berjumlah RM50 bilion setahun.

“Kita berharap Kementerian Kewangan akan meningkatkan tumpuan kepada sektor pertanian, perikanan dan penternakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Sementara itu, Tze Tzin yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak melihat sebarang program atau idea baharu yang dilontarkan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Semasa zaman Pakatan Harapan (PH), kami telah menyusun pelbagai inisiatif dan program baharu yang ingin dilaksanakan.

“Apabila kerajaan memberi pelbagai insentif lumayan kepada pelabur luar negara, kenapa tidak meningkatkan bantuan kepada para petani, nelayan dan penternak yang miskin?” soal beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here