Home bajet2022 Bajet inklusif dan menyeluruh: Hishammuddin

Bajet inklusif dan menyeluruh: Hishammuddin

0
Bajet inklusif dan menyeluruh: Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Bajet 2022 yang dibentangkan pada Jumaat sebagai bajet yang inklusif, menyeluruh dan menggambarkan bajet daripada rakyat, oleh rakyat serta untuk rakyat.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, menerusi bajet tersebut, tiada sesiapa pun yang tertinggal.

“Wanita, ibu tunggal, warga emas, anak muda, semua terima manfaat.

“Inisiatif pendidikan, pendigitalan dan paling penting kesihatan telah diberi keutamaan dan amat diperlukan dalam persediaan kita beralih ke fasa endemik Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Hishammuddin berkata, Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima peruntukan tertinggi dalam Bajet 2022 sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) iaitu berjumlah RM16.1 bilion.

“Terima kasih Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas peruntukan RM16.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan.

“Insya-ALLAH akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan sektor pertahanan negara dan memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia terutama anggota, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga awam Mindef,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here