Home bajet2022 Bajet 2023: Kerajaan digesa pastikan ketelusan maksimum

Bajet 2023: Kerajaan digesa pastikan ketelusan maksimum

Bajet 2023: Kerajaan digesa pastikan ketelusan maksimum
Lee Lam Thye

SHAH ALAM – Kerajaan digesa memastikan wujudnya kebertanggungjawaban dan ketelusan yang maksimum dalam pembentangan bajet tahunan kepada Parlimen.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, setiap ringgit diperuntukkan kepada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi mesti dibelanjakan untuk tujuan yang dihasratkan.

Menurutnya, apa yang telah disuarakan tahun demi tahun ialah tentang ketelusan dan akauntabiliti dalam hal membelanjakan wang yang diperuntukkan sedemikian.

“Hampir setiap tahun, Ketua Audit Negara melaporkan kejadian apabila terdapat ketirisan serius dan perbelanjaan berlebihan oleh beberapa jabatan kerajaan.

“Hampir setiap tahun Ketua Audit Negara menonjolkan kelemahan dalam prosedur pemerolehan dan pengawasan kerajaan, mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit melalui pembaziran dan penyalahgunaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Lam Thye yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat menambah, langkah-langkah yang diambil untuk menghukum pesalah atau memastikan tidak ada pengulangan penyelewengan rasmi tidak banyak didengari selepas itu.

“Beberapa ahli Parlimen telah menggesa kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan semua isu yang dibangkitkan dalam laporan Jabatan Peguam Negara ditangani dengan segera.

“Jawatankuasa itu dicadangkan mengenal pasti individu yang memainkan peranan dalam salah urus kewangan seperti yang diketengahkan secara kerap oleh Ketua Audit Negara. Tetapi tiada sebarang maklum balas. Hanya resah,” tegasnya.

Beliau berkata, jika pihak berkuasa yang berkenaan terus lalai dalam menguruskan dana awam, habuan yang dijanjikan dalam bajet tidak semua akan pergi kepada penerima yang dimaksudkan tetapi kepada pegawai yang tamak dalam perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Lam Thye turut mempersoalkan mengapa Kementerian Kewangan telah diperuntukkan bahagian terbesar dalam Bajet 2023 ini.

“Adalah difahamkan bahawa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan antara penerima utama tetapi mengapa Kementerian Kewangan telah diperuntukkan bahagian terbesar dalam bajet ini?

“Saya berharap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mempunyai jawapan tersedia untuk ini dan soalan-soalan lain tidak lama lagi yang akan ditujukan di Parlimen.

“Jika tidak, lidah akan bergelut dan komen buruk dibuat dalam media sosial yang sentiasa kritikal,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here