Home bajet2022 Bajet 2023: Kementerian Kewangan terbuka terima cadangan

Bajet 2023: Kementerian Kewangan terbuka terima cadangan

Bajet 2023: Kementerian Kewangan terbuka terima cadangan
Tengku Zafrul (empat dari kiri) bersama Timbalannya, Datuk Mohd Shahar Abdullah (tiga dari kiri) bersama Ahli-ahli Parlimen PH dalam sesi libat urus bersama wakil PH di kementeriannya pada Selasa.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) sentiasa terbuka dalam mendapatkan cadangan dan pandangan daripada semua pihak berhubung konsultasi Bajet 2023.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, cadangan dan pandangan diambil tanpa mengira latar belakang, bangsa, mahupun fahaman politik.

“Terima kasih kepada wakil-wakil Pakatan Harapan (PH) yang hadir semalam untuk sesi konsultasi #Bajet2023 di MOF,” tulisnya di Facebook pada Rabu.

Ujar Tengku Zafrul, sejak beliau menggalas tanggungjawab di kementerian itu, sesi konsultasi bersama parti pembangkang sentiasa dilaksanakan terutama sekali bagi merangka polisi negara untuk memastikan semua suara didengari serta diteliti demi kesejahteraan semua.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir. insya-ALLAH, MOF akan meneliti semua cadangan yang dikemukakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here