NAZRIN ZULKAFLI, Author at Info Sinar

Ibu bapa tidak digalakkan beri upah kepada anak-anak
Ab Muneim (tiga dari kiri) dan Norhayati (empat dari kiri) semasa sesi menyampaikan cenderahati

Marlia (tengah) mengingatkan ibu bapa agar tidak mengamalkan budaya memberi upah kepada anak-anak.

GOMBAK – Ibu bapa tidak digalakkan memberi upah kepada anak-anak untuk meminta mereka melakukan sesuatu perkara.

Ketua Kumpulan Chantique, Marlia Abd Manap berkata, ini kerana perkara tersebut boleh mendorong kepada gejala rasuah.

**media[2103687]**

Bagaimanapun beliau berkata, selain memberi upah dan hadiah, kaedah diplomasi serta psikologi perlu digunakan bagi meminta sebarang bantuan daripada anak-anak.

“Ajar untuk tidak terima rasuah kena mula daripada rumah. Maksudnya dari cara kita didik dan minta tolong anak-anak kita.

“Macam minta tolong pergi kedai. Bagi duit upah RM1. Cara penerimaan ini nanti lama-lama jadi kebiasaan. Nak upah dahulu baru pergi kedai.

“Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan cara ini kepada anak-anak untuk melakukan sesuatu perkara,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis forum yang bertajuk ‘Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah’ pada Rabu.

Chantique merupakan salah satu kumpulan pelajar di Akademi Kepimpinan Wanita di bawah Wanita Berjaya Selangor.

Forum anjuran kumpulan tersebut turut mendapat kerjasama daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rasuah Busters.

Hadir sama pelajar daripada Kolej Azmida Technical, usahawan dan penduduk sekitar Wira Damai, Batu Caves.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Norhayati Nordin berkata, semua individu tidak mengira usia, pangkat, agama adalah penentang rasuah.

Jelasnya, cabaran terbesar untuk mengurangkan gejala itu adalah pelaku tidak menyedari akan tindakan yang dilakukan merupakan rasuah.

“Kadang-kadang, kita tidak menyedari apa yang kita lakukan itu adalah rasuah. Jadi, ia menjadi budaya.

“Permulaan rasuah adalah daripada tindakan yang tidak menjaga akhlak, berbohong dan sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ab Muneim Ibrahim berkata, badan penguat kuasa tersebut akan terus memberi pendidikan kepada orang ramai berkaitan bahaya rasuah.

Jelasnya, pendidikan telah diberikan sejak kecil iaitu bermula dari prasekolah sehingga ke universiti dalam memastikan perbuatan itu tidak terus dilakukan.

The post Ibu bapa tidak digalakkan beri upah kepada anak-anak appeared first on Info Sinar.

Isteri kena pantau akaun keluarga
Ab Muneim (tiga dari kiri) dan Norhayati (empat dari kiri) semasa sesi menyampaikan cenderahati selepas majlis forum yang bertajuk ‘Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah’ di Gombak pada Rabu.

Fatimah

GOMBAK – Isteri perlu memantau akaun keluarga bagi memastikan sumber pendapatan suami adalah telus dan tidak datang daripada hasil rasuah.

Ketua Koordinator Projek Kumpulan Chantique, Fatimah Pardi berkata, ia bagi memastikan wang diperoleh suami untuk menyara keluarga daripada sumber yang halal.

“Untuk memastikan suami dan anak tidak terjebak dengan rasuah, satu benda yang kita kena pastikan seandainya tiba-tiba suami ada duit banyak, perlu tanya daripada mana duit datang. Apa yang membuatkan dia menerima duit tersebut? Sama juga dengan anak.

“Sebagai seorang ibu dan isteri, kena sentiasa memantau kewangan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis forum yang bertajuk ‘Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah’ di sini pada Rabu.

Chantique merupakan salah satu kumpulan pelajar di Akademi Kepimpinan Wanita di bawah Wanita Berjaya Selangor.

**media[2103013]**

Forum anjuran kumpulan tersebut turut mendapat kerjasama daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rasuah Busters.

Tambah Fatimah, tanpa mengira kaum, nilai keagamaan perlu diterapkan bagi mengelakkan seseorang individu terjebak dengan perbuatan tersebut.

“Agama sebagai tunjang. Kalau ikut landasan yang betul, kita tidak akan terlibat dengan gejala ini,” ujarnya.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Norhayati Nordin berkata, semua individu tidak mengira usia, pangkat, agama adalah penentang rasuah.

Jelasnya, cabaran terbesar untuk mengurangkan gejala itu adalah pelaku tidak menyedari akan tindakan yang dilakukan merupakan rasuah.

“Kadang-kadang, kita tidak menyedari apa yang kita lakukan itu adalah rasuah. Jadi, ia menjadi budaya.

“Permulaan rasuah adalah daripada tindakan yang tidak menjaga akhlak, berbohong dan sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ab Muneim Ibrahim berkata, badan penguat kuasa tersebut akan terus memberi pendidikan kepada orang ramai berkaitan bahayanya rasuah.

Jelasnya, pendidikan telah diberikan sejak kecil iaitu bermula dari prasekolah sehingga ke universiti dalam memastikan perbuatan itu tidak terus dilakukan.

The post Isteri kena pantau akaun keluarga appeared first on Info Sinar.

‘Rasuah ibarat ambil hak orang lain’
SHAH ALAM – Perbuatan rasuah yang dilakukan oleh sebahagian pihak menyebabkan orang lain menerima kesan sampingannya.

Artis Budaya, Chik Asan berkata, perbuatan terlarang tersebut seharusnya dihindari oleh semua pihak tidak kira sama ada golongan yang berjawatan atau pekerja biasa.

“Rasuah satu benda yang tidak elok, ia ibarat kita mengambil hak orang lain.

Contohnya, kalau saya mohon sesuatu jawatan, ada orang lain juga mohon jawatan yang sama, kemudian orang tersebut memberi rasuah dan akhirnya dia dapat.

“Tetapi sebenarnya saya yang layak dapat berdasarkan temu duga. Jadi, rasuah ini tidak molek (bagus) sebab ambil hak orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu undangan Program Kafe Rasuah Busters (RB) sempena Konvoi RB Gempur Pahang pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rasuah perlu dihapuskan sekiranya Malaysia mahu meningkatkan kemajuannya setanding dengan negara lain.

“Sekarang ini ada stadium dan masjid yang dibina kemudian runtuh. Ini semua angkara rasuah. Benda tidak elok dan tidak baik,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan anak muda terutama yang mempunyai jawatan penting perlu sentiasa menjalankan amanah dengan baik dan berintegriti.

“Saya selalu ingatkan, setiap benda kita buat, kena ingat dosa pahala. Kita ada kepercayaan dan ALLAH. Kalau kita membelakanginya, nanti ada kesan.

“Bagi anak muda kalau kita pegang apa jawatan, walaupun orang lambak dengan duit, emas segunung, kita kena ingat yang kita tidak perlu ini semua. Kita dibayar gaji untuk laksana amanah yang diberikan.

“Duit banyak pun, kalau hidup gelisah. Lebih baik hidup santai dengan titik usaha kita sendiri. Itu lebih manfaat,” katanya.

The post ‘Rasuah ibarat ambil hak orang lain’ appeared first on Info Sinar.

Rasuah perlu lebih dipandang serius
SHAH ALAM – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berpandangan bahawa gejala rasuah seharusnya lebih dipandang serius berbanding isu kenaikan harga barangan yang sedang dihadapi negara kini.

Yang Dipertua Ikram Perak, Dr Hasbullah Ashaari berkata, ini kerana gejala rasuah merupakan antara punca kenaikan harga barangan yang seterusnya membebankan rakyat.

“Banyak usaha yang perlu dilakukan. Rasuah membawa kesan kepada negara iaitu kehilangan berbilion ringgit disebabkan oleh amalan korupsi yang hanya akan merosakkan negara.

“Kerajaan kena lihat masalah rasuah dengan lebih serius daripada isu kenaikan barang. Apabila kita benarkan rasuah, ia akan menyebabkan isu lain berlaku. Jadi, untuk menghalang perkara buruk lain dari berlaku, rasuah paling utama perlu dicegah,” tegasnya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hasbullah berkata, bagi menangani gejala tersebut, kehendak dan dorongan politik yang kuat perlu dimainkan oleh semua kalangan ahli politik.

Beliau turut berpendapat, sebuah badan eksekutif yang bebas perlu diwujudkan bagi memastikan semua kes yang melibatkan rasuah dapat dikaji dengan lebih telus.

“Kita kena lakukan ini agar mana-mana keputusan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan tidak berlaku akhirnya, yang bersalah tidak akan dikenakan tindakan. Ia sama sekali salah,” katanya.

Tambah beliau, pihak penguat kuasa juga perlu memainkan peranan penting dengan tidak menerima sebarang suapan daripada mana-mana pihak untuk melepaskan diri daripada didakwa.

“Kita sudah ada banyak akta berkenaan dengan rasuah ini, inisiatif juga sudah banyak. Cumanya kesungguhan kita untuk pastikan negara bebas rasuah itu masih kurang. Pihak penguat kuasa perlu lebih tegas dengan perkara ini.

“Jangan sesekali terima suapan untuk selamatkan mana-mana pihak. Meskipun nilai yang ditawarkan tinggi, tetapi kita perlu ada jati diri yang tinggi,” ujarnya.

The post Rasuah perlu lebih dipandang serius appeared first on Info Sinar.

Rasuah Buster lebarkan sayap ke utara 12 Jun ini
SHAH ALAM – Rasuah Busters terus melebarkan sayapnya dengan mengadakan Konvoi #RasuahBusters Utara iaitu di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula 12 Jun hingga 18 Jun ini.

Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, konvoi tersebut bagi memperluaskan lagi mesej antirasuah kepada seluruh pelosok masyarakat di negara ini.

“Konvoi ini juga berbeza dengan apa yang kita buat di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kali ini kami akan adakan pertemuan dengan rakan gabungan di tiga negeri ini.

“Di Perlis 30 rakan gabungan akan dikumpulkan termasuk 10 daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di Kedah pula melibatkan 50 orang (15 NGO dan 10 individu) manakala di Pulau Pinang sebanyak 40 orang (termasuk 20 NGO),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, Rasuah Busters akan turut menyantuni warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan institut pengajian tinggi (IPT) bagi menyebarkan mesej antirasuah.

“Konvoi akan turun ke MRSM di setiap negeri ini untuk memberikan mesej penting kepada pihak pengurusan dan pelajar.

“Seterusnya, konvoi akan menuju ke IPT iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa,” katanya.

Menurut beliau, gerakan Rasuah Busters juga akan mengunjungi majlis agama Islam negeri dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ingin menjalinkan kerjasama.

“Sambutan diterima daripada pihak yang ingin bekerjasama dalam konvoi kali ini amat baik.

“Ini membuktikan kempen dijalankan Rasuah Busters berjaya mewujudkan kesedaran antirasuah yang tinggi sekaligus mahu Malaysia bebas dari gejala ini,” ujarnya.

The post Rasuah Buster lebarkan sayap ke utara 12 Jun ini appeared first on Info Sinar.

Gaji rendah punca ramai belia terjebak rasuah
SHAH ALAM – Punca gejala rasuah yang berlaku melibatkan golongan belia antaranya adalah disebabkan mereka mempunyai kepentingan yang tersendiri terhadap pemberi rasuah tersebut.

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, ini kerana penerima rasuah itu boleh mendapatkan atau memudahkan sesuatu perkara yang diingini pemberi rasuah.

“Kenapa belia ini terlibat dengan rasuah? ini kerana kedua-dua pihak mempunyai kepentingan. Kalau belia tiada kepentingan, mereka tidak akan suap duit kepada golongan ini. Antaranya, belia tersebut mampu untuk melaksanakan kerja atau mendapatkan perkara yang diingini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pada Sabtu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali mendedahkan sejumlah 275 belia berusia antara 18 hingga 30 tahun ditangkap atas kesalahan membabitkan rasuah sejak 2020 sehingga Jun 2022.

Menurut Norazlan, daripada jumlah itu, seramai 21 orang berusia antara 18 hingga 23 tahun, manakala 254 lagi berusia antara 24 hingga 30 tahun.

Dalam masa masa, menurut Dzulkifli, rasuah diterima oleh golongan belia juga disebabkan oleh gaji yang rendah mengakibatkan mereka tidak mampu untuk menampung kos sara diri dan keinginan untuk menjalani gaya hidup mewah.

Tambah beliau, apabila kekurangan kemampuan kewangan, maka segelintir golongan tersebut terpaksa mencari jalan lain yang lebih mudah iaitu rasuah untuk mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan.

“Kenapa belia terlibat dengan rasuah adalah sebab kos sara hidup yang sangat tinggi dan gaya hidup mewah yang mereka mahukan.

“Keadaan ini mungkin berlaku kerana orang muda ini, gaji tidak tinggi sangat, mereka perlu mencari cara lain untuk dapatkan duit. Nak cari kerja kedua mungkin sukar dalam keadaan sekarang. Maka mereka mencari alternatif yang mudah iaitu dengan menerima rasuah,” ujarnya.

Mengulas mengenai bentuk rasuah yang diterima, Dzulkifli berkata, daripada pengalaman beliau semasa menerajui SPRM, kebanyakan mereka hanya menerima wang sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka idamkan.

“Bentuk rasuah yang diambil majoritinya hanyalah berbentuk duit sahaja. Jarang yang melibatkan salah guna kuasa. Mereka hanya mahu duit untuk kehidupan mewah sahaja,” ujarnya.

Tambah beliau, sudah tiba masanya untuk kerajaan memikirkan satu alternatif yang lebih efektif bagi menerapkan dalam diri kalangan anak muda berkaitan pendidikan antirasuah melalui pembelajaran di sekolah mahupun universiti.

“Setahu saya, topik rasuah ataupun pembelajaran berkaitan rasuah sudah pun terdapat di sekolah-sekolah sejak beberapa tahun yang lalu, cuma sekarang ini perlu memberikan penekanan yang lebih mendalam lagi.

“Penerapan ilmu rasuah bagi orang muda ini kurang. Mereka tidak tahu masalah rasuah ini boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja dan sekaligus menghancurkan masa depan mereka.” tambahnya.

The post Gaji rendah punca ramai belia terjebak rasuah appeared first on Info Sinar.

Didik dengan lebih agresif berkaitan banteras rasuah
SHAH ALAM – Kerajaan perlu menyediakan satu modul pembelajaran anti rasuah kepada pelajar sekolah dan universiti agar gejala tersebut dapat dibendung dengan lebih awal secara agresif.

Ketua Jawatankuasa Aktivisme Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Muhammad Iqmal Haziq Nasharuddin berkata, perkara tersebut perlu untuk dilakukan agar anak muda tidak terjebak dengan perbuatan itu.

Menurutnya, meskipun peratusan remaja dan belia untuk terlibat dengan rasuah agak rendah, namun pembelajaran awal amat diperlukan bagi kegunaan pada masa hadapan.

“Semestinya paling penting adalah kena mula dengan akar terlebih dahulu.

“Kita perlu didik generasi muda untuk faham apa itu rasuah. Bagaimana rasuah boleh menyebabkan sesuatu institusi negara ini runtuh dan lumpuh.

“Kita juga perlu beritahu apakah hukuman yang akan diberikan kepada seseorang jika mereka terlibat dengan salah laku rasuah. Beri peringatan awal kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, golongan remaja dan belia juga perlu bertanggungjawab dalam mencegah gejala rasuah ini daripada terus berleluasa dan menyebabkan kerugian negara.

“Belia perlu faham bahawa amalan rasuah ini sangat keji di sisi undang-undang. Belia juga bukan sekadar kena menolak rasuah, tetapi perlu mendidik rakyat lain untuk mencegah rasuah agar ia lebih efisien.

“Sekarang ini, ramai yang mengikut dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Jadi, belia boleh menggunakan konsep ini dengan mempengaruhi rakan-rakan lain agar tidak terlibat dengan budaya rasuah,” ujarnya.

Tambah Muhammad Iqmal, ia perlu dibendung memandangkan rasuah telah sinonim dengan Malaysia akibat daripada gejala itu sering dilakukan oleh pelbagai pihak demi kepentingan diri sendiri.

“Rasuah telah berlaku tidak kisah dekat mana peringkat sekalipun. Ia boleh dikatakan satu penyakit yang susah untuk diberi penawar.

“Gejala ini menyebabkan banyak perkara berubah contohnya perubahan tingkah laku seseorang itu. Terbukti juga bahawa rasuah memberi kesan buruk terutama kepada negara kita,” katanya.

The post Didik dengan lebih agresif berkaitan banteras rasuah appeared first on Info Sinar.

‘Jangan bagi muka kepada perasuah’
SHAH ALAM – Semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum, agama dan pangkat tidak terkecuali dalam misi menolak rasuah dalam kehidupan seharian mereka.

Sebaliknya, perbuatan tersebut perlu dihindari dan rakyat hendaklah melaporkan segera kepada pihak penguat kuasa sekiranya ia berlaku terhadap diri sendiri agar ada tindakan susulan dapat dikenakan.

Suri rumah, Robiah Omar, 61, berkata, dengan melaporkan perbuatan rasuah oleh mana-mana individu, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada pemberi atau penerima daripada terus melakukan perbuatan itu.

Jelasnya, perbuatan terlarang itu perlu segera dihentikan bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada sistem pentadbiran negara.

“Gejala ini sememangnya tidak boleh dimaafkan dan kita semua tidak terkecuali dalam melarang perbuatan ini. Jangan kita hanya diamkan diri sahaja. Isu ini adalah isu besar meskipun rasuah diterima sedikit sahaja.

“Jangan kita anggap ia sebagai perkara biasa. Kelak nanti, kita akan terbiasa dengan perkara ini (rasuah) dan akan terus melakukannya demi kelangsungan diri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, penjawat awam, Muhammad Zuhair Azman, 24, berkata, seharusnya gejala rasuah ini perlu menerima tentangan hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin utama negara.

Jelas beliau, sekiranya terdapat pihak yang hanya mendiamkan diri, ia sekali gus memberi ruang kepada perasuah untuk terus melakukan rasuah dengan mudah.

“Kalau ada pihak berdiam diri, macam mana rasuah dapat dihentikan? Jadi semua pihak perlu terlibat sama. Jangan sesekali kita beri muka kepada perasuah dan kita semua tidak boleh berdiam diri,” tegasnya.

Turut menyokong perkara itu, pekerja di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Alia Nadhirah Hisham, 24, yang berpendapat, kempen kesedaran berkaitan anti rasuah perlu mendapat sokongan kuat daripada semua lapisan masyarakat.

“Kempen-kempen berkaitan anti rasuah perlu diperhebat dan rakyat perlu memberi sambutan yang sangat memberangsangkan. Kita tidak mahu kempen yang menarik seperti ini hanya sekadar syok sendiri,” katanya.

The post ‘Jangan bagi muka kepada perasuah’ appeared first on Info Sinar.

Perlu ada rasa malu terlibat, sokong rasuah
SHAH ALAM – Individu yang terlibat dan menyokong mereka yang melakukan perbuatan rasuah seharusnya mempunyai sifat malu dalam diri sendiri.

Ketua Jawatankuasa Aktivisme Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Muhammad Iqmal Haziq Nasharuddin berkata, kegiatan buruk tersebut sebaliknya perlu dihindari kerana ia bertentangan dengan agama.

“Belia juga tidak ketinggalan. Mereka perlu rasa malu kalau sokong individu yang terlibat rasuah. Mereka yang melakukan ini (rasuah) hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja.

“Bukan itu sahaja, anak muda juga perlu bertindak. Bukan sekadar menolak rasuah tetapi perlu juga mendidik orang ramai untuk turut bersama mencegah rasuah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Temu Mesra Rakan Gabungan #RasuahBusters yang diadakan di Kompleks Karangkraf, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, generasi muda juga perlu diberikan pendedahan dengan lebih jelas berkenaan perbuatan rasuah.

“Kena ajar bagaimana rasuah boleh menjatuhkan institusi negara. Di sekolah dan universiti perlu diberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan buruk rasuah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Silat Seni Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, Amrahi Buang berkata, media sepatutnya tidak menyiarkan sebarang berita terhadap individu yang telah disahkan terlibat dengan kes rasuah.

Jelasnya, sekiranya ia berlaku, ia mengakibatkan orang ramai beranggapan bahawa perbuatan rasuah adalah perkara biasa dan boleh dilakukan di negara ini.

“Di luar negara juga laksanakan perkara ini. Ia sangat memalukan jika negara kita masih memberikan ‘spotlight’ kepada perasuah. Kalau media masih keluarkan berita berkaitan dia (individu terlibat rasuah), ia akan memberi gambaran yang tidak betul. Perlu dikeluarkan daripada media,” ujarnya.

Tambah beliau, anak-anak juga perlu dididik dari kecil seperti tidak mengambil hak orang, menghormati orang tua dan sentiasa mematuhi janji bagi mengelakkan melakukan perbuatan rasuah ketika dewasa.

“Sebenarnya, paling penting ialah pembinaan karakter. Kena didik anak-anak untuk bercakap benar, hormati orang tua, patuhi janji. Kalau benda asas ini tidak boleh ikut, maka susahlah nanti,” ujarnya.

The post Perlu ada rasa malu terlibat, sokong rasuah appeared first on Info Sinar.

Media perlu bersama dalam agenda lawan rasuah
KUALA LUMPUR – Semua media perlu berganding bahu menyelamatkan negara daripada gejala rasuah dengan menyebarkan mesej kesedaran anti rasuah.

Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail berkata, mesej tersebut akan dapat disampaikan kepada lebih banyak lapisan masyarakat dengan pelbagai latar belakang.

“Media harus bersama memastikan agenda melawan rasuah ini. Ia bukan hanya dari Kumpulan Karangkraf atau tetapi semua kerana merupakan agenda negara.

“Kita perlu memberi sokongan supaya tujuannya lebih berkesan. Media tidak perlu takut untuk menekankan aspek kewartawanan siasatan. Dalam masa sama, kita juga menjadi platform semak dan imbang terhadap masyarakat,” katanya selepas kunjungan hormat pasukan Rasuah Busters ke Astro Awani di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bukan sahaja perlu melibatkan keseluruhan media, Rasuah Busters yang mempunyai kekuatan dengan gabungan bersama lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu melibatkan kepimpinan negara.

Tambah Ashwad, Rasuah Busters perlu mengekalkan kekuatan bagi memastikan usaha secara keseluruhan dapat direalisasikan.

“Saya berharap Rasuah Busters mempunyai ‘stamina’ yang tinggi untuk meneruskan usaha supaya hasrat menerapkan sistem nilai melawan rasuah dapat dipercepatkan.

Beliau turut berharap pasukan tersebut dapat meluaskan usaha ke peringkat antarabangsa

“Rasuah ini tiada sempadan. Pasukan Rasuah Busters diharap dapat membina jaringan yang lebih jauh.

“Kalau tidak dapat di peringkat global pun, mungkin di peringkat ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif #RasuahBusters, Nurhayati Nordin berharap sinergi media itu dapat dilakukan secara berterusan bagi membentuk sistem nilai dalam setiap individu.

“Selain kita berhubung dengan pelbagai pihak iaitu pemegang taruh, Sebenarnya media merupakan ejen perubahan besar kepada masyarakat,” katanya.

The post Media perlu bersama dalam agenda lawan rasuah appeared first on Info Sinar.