Home Rasuah Busters Rasuah Buster lebarkan sayap ke utara 12 Jun ini

Rasuah Buster lebarkan sayap ke utara 12 Jun ini

0
Rasuah Buster lebarkan sayap ke utara 12 Jun ini

SHAH ALAM – Rasuah Busters terus melebarkan sayapnya dengan mengadakan Konvoi #RasuahBusters Utara iaitu di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula 12 Jun hingga 18 Jun ini.

Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, konvoi tersebut bagi memperluaskan lagi mesej antirasuah kepada seluruh pelosok masyarakat di negara ini.

“Konvoi ini juga berbeza dengan apa yang kita buat di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kali ini kami akan adakan pertemuan dengan rakan gabungan di tiga negeri ini.

“Di Perlis 30 rakan gabungan akan dikumpulkan termasuk 10 daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di Kedah pula melibatkan 50 orang (15 NGO dan 10 individu) manakala di Pulau Pinang sebanyak 40 orang (termasuk 20 NGO),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, Rasuah Busters akan turut menyantuni warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan institut pengajian tinggi (IPT) bagi menyebarkan mesej antirasuah.

“Konvoi akan turun ke MRSM di setiap negeri ini untuk memberikan mesej penting kepada pihak pengurusan dan pelajar.

“Seterusnya, konvoi akan menuju ke IPT iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa,” katanya.

Menurut beliau, gerakan Rasuah Busters juga akan mengunjungi majlis agama Islam negeri dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ingin menjalinkan kerjasama.

“Sambutan diterima daripada pihak yang ingin bekerjasama dalam konvoi kali ini amat baik.

“Ini membuktikan kempen dijalankan Rasuah Busters berjaya mewujudkan kesedaran antirasuah yang tinggi sekaligus mahu Malaysia bebas dari gejala ini,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here