Home Rasuah Busters Ibu bapa tidak digalakkan beri upah kepada anak-anak

Ibu bapa tidak digalakkan beri upah kepada anak-anak

0
Ibu bapa tidak digalakkan beri upah kepada anak-anak
Ab Muneim (tiga dari kiri) dan Norhayati (empat dari kiri) semasa sesi menyampaikan cenderahati
Marlia (tengah) mengingatkan ibu bapa agar tidak mengamalkan budaya memberi upah kepada anak-anak.

GOMBAK – Ibu bapa tidak digalakkan memberi upah kepada anak-anak untuk meminta mereka melakukan sesuatu perkara.

Ketua Kumpulan Chantique, Marlia Abd Manap berkata, ini kerana perkara tersebut boleh mendorong kepada gejala rasuah.

**media[2103687]**

Bagaimanapun beliau berkata, selain memberi upah dan hadiah, kaedah diplomasi serta psikologi perlu digunakan bagi meminta sebarang bantuan daripada anak-anak.

“Ajar untuk tidak terima rasuah kena mula daripada rumah. Maksudnya dari cara kita didik dan minta tolong anak-anak kita.

“Macam minta tolong pergi kedai. Bagi duit upah RM1. Cara penerimaan ini nanti lama-lama jadi kebiasaan. Nak upah dahulu baru pergi kedai.

“Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan cara ini kepada anak-anak untuk melakukan sesuatu perkara,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis forum yang bertajuk ‘Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah’ pada Rabu.

Chantique merupakan salah satu kumpulan pelajar di Akademi Kepimpinan Wanita di bawah Wanita Berjaya Selangor.

Forum anjuran kumpulan tersebut turut mendapat kerjasama daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rasuah Busters.

Hadir sama pelajar daripada Kolej Azmida Technical, usahawan dan penduduk sekitar Wira Damai, Batu Caves.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Norhayati Nordin berkata, semua individu tidak mengira usia, pangkat, agama adalah penentang rasuah.

Jelasnya, cabaran terbesar untuk mengurangkan gejala itu adalah pelaku tidak menyedari akan tindakan yang dilakukan merupakan rasuah.

“Kadang-kadang, kita tidak menyedari apa yang kita lakukan itu adalah rasuah. Jadi, ia menjadi budaya.

“Permulaan rasuah adalah daripada tindakan yang tidak menjaga akhlak, berbohong dan sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ab Muneim Ibrahim berkata, badan penguat kuasa tersebut akan terus memberi pendidikan kepada orang ramai berkaitan bahaya rasuah.

Jelasnya, pendidikan telah diberikan sejak kecil iaitu bermula dari prasekolah sehingga ke universiti dalam memastikan perbuatan itu tidak terus dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here